Hasil Pembelajaran
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat
1. Menyatakan jenis-jenis kata bilangan. 2. Mengenal jenis-jenis kata bilangan. 3. Membina ayat dengan menggunakan kata bilangan dengan betul.
Kata Bilangan Kata bilangan terdiri daripada perkataan yang menerangkan bilangan atau jumlah (Koh Boh Boon, 190 : 90). Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 272).
Menurut Prof. Abdullah Hassan (2002 : 125), kata bilangan memberitahu jumlah orang,
benda atau perkara. Menurut Prof. Abdullah Hassan (2002 : 125 - 127) ada 6 jenis
kata bilangan iaitu:
1. Bilangan Kardinal / bilangan tentu - satu, dua, seribu, sejuta
2. Bilangan tak tentu - segala, semua, beberapa, seluruh, sekian,
para
3. Bilangan pisahan - setiap, tiap-tiap, masing-masing
4. Bilangan himpunan - berpuluh-puluh, berjuta-juta
5. Bilangan pecahan - separuh, setengah, sebahagian, tiga suku.
6. Bilangan ordinal / giliran - pertama, kedua, keseribu, kedua ratus
Kata Bilangan | Contoh | Maksud |
Kata Bilangan Kardinal | Sepuluh Dua puluh ribu |
Menunjukkan jumlah yang tertentu. |
Kata Bilangan Tak Tentu | Semua Banyak Beberapa Kebanyakan Segala |
Menunjukkan bilangan atau jumlah yang tidak tentu. |
Bertiga-tiga Berpuluh-puluh |
Menunjukkan himpunan | |
Setiap Masing-masing |
Menunjukkan pisahan atau berasingan | |
Separuh Seperlima |
Menunjukkan pecahan |
Kesalahan Penggunaan Kata Bilangan
Kata Bilangan | Salah | Betul |
1. Kata bilangan tingkat tidak boleh digunakan untuk menunjukkan jumlah. |
Ayah menanam kedua batang pokok kelapa di kebun. | Ayah menanam dua batang pokok kelapa di kebun. |
2. Kata bilangan tak tentu seperti para, segala dan semua tidak boleh diulang. |
Para-para murid dikehendaki beratur di dewan. | Para murid dikehendaki beratur di dewan. |
3. Kata bilangan tak tentu berbagai-bagai dan setengah-tengah, kata bilangan pisahan tiap- tiap dan masing-masing tidak boleh disingkatkan. |
Di pasar malam, berbagai jenis kuih dijual. | Di pasar malam berbagai-bagai jenis kuih dijual. |
4. Kata bilangan tentu satu, tiga dan kata bilangan pecahan tidak boleh hadir serentak. |
1. Saya menunggu bas selama satu suku jam. 2. Harga ikan bawal ialah tiga setengah ringgit. |
1. Saya menunggu bas selama satu jam suku. 2. Harga ikan bawal ialah tiga ringgit setengah. |
No comments:
Post a Comment