Tuesday 4 December 2012

Laman Portal Rasmi UPSI

http://www.upsi.edu.my/

Kata Bilangan

Hasil Pembelajaran
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat
1. Menyatakan jenis-jenis kata bilangan.
2. Mengenal jenis-jenis kata bilangan.
3. Membina ayat dengan menggunakan kata bilangan dengan betul.
 
Kata Bilangan
Kata bilangan terdiri daripada perkataan yang menerangkan bilangan atau jumlah 
(Koh Boh Boon, 190 : 90). Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata 
bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama
(Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 272).
Menurut Prof. Abdullah Hassan (2002 : 125), kata bilangan memberitahu jumlah orang,
benda atau perkara. Menurut Prof. Abdullah Hassan (2002 : 125 - 127) ada 6 jenis
kata bilangan iaitu:
1. Bilangan Kardinal / bilangan tentu  - satu, dua, seribu, sejuta
2. Bilangan tak tentu                 - segala, semua, beberapa, seluruh, sekian,
       para
3. Bilangan pisahan   - setiap, tiap-tiap, masing-masing
4. Bilangan himpunan  - berpuluh-puluh, berjuta-juta
5. Bilangan pecahan   - separuh, setengah, sebahagian, tiga suku.
6. Bilangan ordinal / giliran  - pertama, kedua, keseribu, kedua ratus
Kata Bilangan Contoh Maksud
Kata Bilangan Kardinal Sepuluh
Dua puluh ribu
Menunjukkan jumlah yang tertentu.
Kata Bilangan Tak Tentu Semua
Banyak
Beberapa
Kebanyakan
Segala
Menunjukkan bilangan atau jumlah yang tidak tentu.
Bertiga-tiga
Berpuluh-puluh
Menunjukkan himpunan
Setiap
Masing-masing
Menunjukkan pisahan atau berasingan
Separuh
Seperlima
Menunjukkan pecahan
Kesalahan Penggunaan Kata Bilangan
Kata Bilangan Salah Betul
1. Kata bilangan tingkat
    tidak boleh digunakan
    untuk menunjukkan
    jumlah.
Ayah menanam kedua batang pokok kelapa di kebun. Ayah menanam dua batang pokok kelapa di kebun.
2. Kata bilangan tak tentu
    seperti para, segala dan
    semua tidak boleh
    diulang.
Para-para murid dikehendaki beratur di dewan. Para murid dikehendaki beratur di dewan.
3. Kata bilangan tak tentu
    berbagai-bagai dan
    setengah-tengah, kata
    bilangan pisahan tiap-
    tiap dan masing-masing
    tidak boleh  
    disingkatkan.
Di pasar malam, berbagai jenis kuih dijual. Di pasar malam berbagai-bagai jenis kuih dijual.
4. Kata bilangan tentu
    satu, tiga dan kata
    bilangan pecahan tidak
    boleh hadir serentak.
1. Saya menunggu bas selama
    satu suku jam
.
2. Harga ikan bawal ialah tiga
    setengah ringgit
.
1. Saya menunggu bas selama
    satu jam suku
.
2. Harga ikan bawal ialah
    tiga ringgit setengah
.

Kata Kerja

Hasil Pembelajaran
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat
1. Membezakan kata kerja transitif dengan kata kerja tak transitif.
2. Membina ayat dengan menggunakan kata kerja dengan betul.
 
Kata Kerja
Kata kerja menyatakan perbuatan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah
Karim et. al : 2004 : 139), kata kerja sebagai satu golongan kata boleh dibahagikan kepada
dua kumpulan utama, iaitu:
i)  Kata kerja transitif
ii) Kata kerja tak transitif
Kata Kerja Transitif
Menurut Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja transitif ialah kata kerja
yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya
(Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 143)
Subjek Kata Kerja Transitif Objek
1. Ibu memasak kari ayam
2. Ahmad menendang bola
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 141)
Subjek Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap Pelengkap
1. Mereka bermain bola di padang
2. Azli tinggal di Pahang
Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Kata Kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa
objek atau penyambut. (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 140)
Subjek Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap Keterangan
1. Mereka makan di Restoran Sahur
2. Dia membeli-belah di Singapura
Kata Kerja Transitif
Kata Kerja yang mengambil satu objek di belakangnya. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu, kata kerja transitif yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek
(Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 90).
Contoh:
1.  Emak memasak (kata kerja transitif) kari ayam (objek)
2.  Kakak membelikan (kata kerja transitif) Kartini kamus.
Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut
atau objek sesudahnya.
(Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 90). Menurut Tatabahasa
Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 140), kata kerja tak transitif
dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:
i)      Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
ii)     Kata kerja tak transitif berpelengkap
Contoh:
1.  Murid-murid berbaris (kata kerja tak transitif) di padang sekolah
2.  Pasukan hoki berlatih (kata kerja tak transitif) setiap petang.
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
- bertujuan melengkapkan maksud ayat.
Contoh:
1.  Murid-murid itu tinggal [di asrama sekolah]. - pelengkap
Kata Kerja Tak Transitif tidak diikuti oleh pelengkap dikenali sebagai kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.
Contoh:
1.  Pegawai penerangan sudah tiba.

Kata Perintah

Hasil Pembelajaran
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat
1. Mengenal pasti dan menyatakan jenis-jenis kata perintah
2. Mengisi tempat kosong dengan kata perintah yang sesuai.
 
Kata Perintah
Kata Perintah digunakan untuk memberikan suatu perintah. Menurut Tatabahasa Dewan
Bahasa Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 :244), kata perintah ialah perkataan
yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan,
silaan atau permintaan.
Contoh kata perintah adalah seperti:
Jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap.
Kata Perintah
Penggunaan
Jangan Melarang melakukan sesuatu
Usah Jangan melakukan sesuatu
Sila Meminta dengan hormat supaya melakukan sesuatu
Jemput Mengajak atau mengundang
Minta Mahu akan sesuatu
Tolong Meminta bantuan
Harap Meminta supaya terjadi sesuatu perkara

Kata Hubung

Hasil Pembelajaran
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat
1. Mengenal pasti jenis-jenis kata hubung
2. Mengisi tempat kosong dengn kata hubung yang sesuai.
3. Mengenal pasti kesalahan penggunaan kata hubung dalam ayat.
4. Membina ayat yang betul dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.
 
Kata Hubung
Perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal
atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua
ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk.
Kata Hubung Gabungan
Kata hubung gabungan menyambungkan dua ayat yang sama penting kedudukan. Menurut
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 239), kata hubung
gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama
taraf sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut
ayat majmuk gabungan.
Contoh:
1. Dia membuka almari lalu mengambil bajunya.
2. Roziah mendengar radio sambil menggosok baju.
Kata Hubung Pancangan
Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat
kecil.
         Ayat utama                     Ayat Kecil
1. [ Asmah senyum ] kerana [ dia sangat gembira ]
2. Kami akan berhenti menjalani latihan bola sepak jika hujan bertambah lebat.
3. Dia tidak putus asa walaupun dia tidak berjaya dalam temuduga tersebut.
Menurut Tatabahasa Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 :240), kata hubung
pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambung klausa-klausa tak setara atau
klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi
kepada tiga jenis, iaitu:
1. Kata hubung pancangan relatif
2. Kata hubung pancangan komplemen
3. Kata hubung pancangan keterangan

Kata hubung pancangan relatif.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 240), kata
hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah kata yang berfungsi
menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain. Bentuk kata 
hubung pancangan relatif ialah "yang".
Kata hubung pancangan komplemen.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 241), kata
hubung, pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi
komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua contoh kata komplemen 
yang sering digunakan ialah "bahawa" dan "untuk".
Kata hubung pancangan keterangan
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 241), kata
hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi 
keterangan pada satu klausa utama. 
Contoh kata keterangan adalah seperti;
"kerana, hingga, kalau, agar, jika, sungguhpun, supaya, apabila".

Latihan Tatabahasa

Baca petikan di bawah dan isi tempat kosong dengan perkataan
i) Kata nama (ii) Kata kerja (iii) Kata bantu (iv) Kata hubung (v) Kata sendi nama (vi) kata ganti nama diri

Usaha memajukan industri tempatan sentiasa mendapat perhatian daripada pihak kerajaan kerana terdapat banyak kepentingan kepada individu, penguasaha, masyarakat dan negara. Kejayaan industri desa itu tentu dapat membuka peluang dan perniagaan kepada anak-anak itu sendiri, malah dapat menarik lebih ramai pelancong asing datang negara kita sekali gus mereka mahu lebih dekat hasil industri popular di kampung berkenaan. Malahan juga akan berasa bangga sesebuah kampung itu mempunyai identiti hasil produknya sendiri dan akan batu loncatan menjurus hasrat negara. Penduduk desa memperoleh tambahan melalui kegiatan ekonomi desa seperti cenderamata, kain batik, songket, keropok makanan ringan dan lain-lain. hasil kegiatan ini dapat pendapatan penduduk desa seterusnya meningkatkan pendapatan negara sekali gus penggangguran. Rakyat perlu yakin kemampuan dan keupayaan sendiri mencapai kemajuan dan seterusnya menjadikan negara sebuah negara maju. industri desa juga mampu mengekalkan nilai-nilai seni tradisi dan kebudayaan yang diwarisi sejak zaman berzaman.

Kata Yang Hampir Sama Makna

Hasil Pembelajaran
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat
1. Mengisi tempat kosong dengan kata hampir sama makna yang sesuai.
2. Menggunakan perkataan hampir sama makna dalam ayat dengan betul.
3. Mengenal pasti dan membetulkan kesalahan penggunaan perkataan
    hampir sama makna dalam ayat.
 
Kata Yang Hampir Sama Maknanya.
Kata Maknanya
1. besar
2. lebar
3. longgar
4. luas
1. tidak kecil ukurannya
2. ukuran lintang sesuatu bidang
3. tidak sempit (pakaian)
4. tidak sempit, lapang (halaman)
1. basi
2. busuk
3. hangit
4. tengik
1. makanan yang tidak sedap baunya kerana sudah cemar
2. buruk atau rosak (buah)
3. nasi yang hampir hangus dan berbau
4. berbau atau terasa tidak sedap (minyak kelapa yang sudah lama)
1. beku
2. kaku
3. kejur
4. tegang
1. keras kerana sejuk (cecair)
2. kejang
3. keras dan kaku (tubuh), tegak dan keras (rambut)
4. keras dan liat (urat, otot)
1. belah
2. hancur
3. patah
4. retak
1. pecah menjadi dua bahagian
2. pecah menjadi kecil-kecil kerana dikunyah, ditumbuk, remuk, lumat
3. hampir putus
4. menunjukkan akan pecah
1. bengkok
2. bongkok
3. condong
4. serong
1. tidak lurus
2. melengkung, tidak lurus
3. senget
4. tidak lurus, tidak tepat (letak, potongan sesuatu)
1. empuk
2. lemau
3. lembik
4. lembut
1. lembut dan mudah dikunyah
2. tidak garing kerana sudah kena angin (biskut, kuih)
3. tidak keras, lembut
4. tidak keras, lembuik, mudah dilenturkan
1. gembur
2. rangup
3. rapuh
4. retas
1. tidak keras padat (tanah)
2. mudah pecah, rapuh (biskut, keropok)
3. mudah patah atau mudah pecah
4. terbuka jahitan kerana putus benangnya (pakaian)
1. muncul
2. tampil
3. terbit
4. timbul
1. keluar dengan tiba-tiba
2. datang ke depan
3. keluar dari tempat yang terlindung
4. naik ke atas dari dalam air
1. berbuai
2. bergegar
3. bergoyang
4. berkocak
1. bergerak barbalik-balik, berayun-ayun
2. bergerak ke atas ke bawah dengan cepat dan kuat, bergoncang
3. bergerak terayun-ayun
4. bergoncang (air dalam bekas)
1. berkeliaran
2. berhamburan
3. berserakan
4. bertempiaran
1. bergerak dengan tidak bertujuan atau menuju ke serata tempat
2. keluar bertabur-tabur ke sana ke sini
3. tidak tersusun atau tidak kemas
4. berlari ke sana ke sini dengan tidak tentu haluan
1. nencolok
2. mencucuk
3. menjolok
4. merodok
1. menusuk atau menimbulkan rasa meluat kerana sesuatu (kelakuan, pakaian)
2. menikam atau menusuk dengan benda tajam
3. merodok sesuatu dengan galah supaya gugur
4. menusuk, menikam senjata tajam
1. mengambil

2. menyambar
3. merampas
4. merenggut
1. mengangkat, memungut sesuatu yang ada di bawah, memegang sesuatu lalu 
    membawa
2. melakukan sesuatu seperti menyamun dengan kasar dan cepat
3. mengambil sesuatu kepunyaan orang lain dengan paksa, merebut
4. menarik dengan cepat
1. mencuit
2. meraba
3. menyentuh
4. menyinggung
1. menyentuh dengan hujung jari
2. hendak mencari sesuatu
3. melanggar sedikit
4. menyentuh dengan siku
1. menanak
2. menjerang
3. mengukus
4. merebus
1. memasak sesuatu dalam periuk (nasi)
2. meletakkan cerek di atas api, memasak
3. memanaskan sesuatu dengan wap air
4. memasak sesuatu dalam air mendidih
1. menatang
2. mengelek
3. menjinjing
4. menjunjung
1. membawa sesuatu di atas tapak tangan
2. mengepit sesuatu di rusuk atau di ketiak
3. membawa sesuatu dengan tangan yang tehulur ke bawah
4. membawa sesuatu di atas kepala
1. memangkas

2. mencencang
3. mengerat
4. menghiris
1. memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek, memotong dengan gunting
    (rambut)
2. memotong sesuatu sehingga halus-halus
3. memotong, memenggal, memancung
4. memotong, mengerat tipis-tipis
1. memagut
2.menggerit
3. menggigit
4. mengunyah
1. menggigit
2. menggigit sedikit-sedikit dengan gigi depan
3. memotong dengan gigi
4. melumatkan makanan dalam mulut dengan gigi sebelum menelan
1. mengelap
2. menggosok
3. menggilap
4. menyapu
1. mengeringkan
2. menggeserkan sesuatu pada benda lain supaya berkilat, bersih
3. menggosok supaya berkilat
4. membersihkan sesuatu dengan menggunakan penyapu
1. mencium
2. menghirup
3. menghisap

4. mengucup
1. menyedut udara dengan hidung untuk mengetahui baunya, menghidu
2. menghisap dan menelan benda cair
3. menarik minuman, asap rokok dan lain-lain ke dalam mulut atau hidung denan
    nafas
4. menyentuh dengan bibir.
1. melihat
2. meneliti
3. mengintai
4. menonton
1. memandang, menengok
2. memperhatikan dengan bersungguh-sungguh
3. melihat dengan bersembunyi-sembunyi untuk mengetahui gerak-geri orang
4. menengok sesuatu pertunjukkan
1. menyimbah
2. menyiram
3. merendam
4. merenjis
1. menyiram dengan air sehingga basah
2. mencurahkan air pada sesuatu
3. menaruh sesuatu di dalam air
4. memercik air pada seseorang atau sesuatu
1. menganyam
2. memilih
3. menenun
4. menyulam
1. mengatur / menyusun sesuatu supaya bersilang-silang / berjalin
2. memintal tali / berjalin
3. membuat kain daripada benang, kapas atau sutera
4. menjahit perhiasan pada kain
1. melulur
2. meneguk
3. menelan
4. menghisap
1. menelan bulat-bulat
2. menelan sesuatu benda cair
3. memasukkan ke dalam perut melalui kerongkong
4. menyedut sesuatu ke dalam perut
1. terjelopok
2. terperosok
3. tersungkut
4. terjunam
1. jatuh terduduk
2. jatuh ke dalam lubang
3. jatuh ke depan serta muka terkena tanah
4. jatuh kepala dahulu
1. bolak-balik
2. lalu -lalang
3. mundar-
    mandir
4. pindah-randah
1. pulang dan pergi lagi, ulang-alik
2. banyak kali lalu (keluar masuk)
3. berjalan pergi balik, berulang-alik

4. selalu bertukar tempat