Aku Sebuah Bas

Aku sebuah bas yang berjenama Perkasa. Badanku berwarna putih dan
berjalur perak. Aku dibuat di sebuah kilang di Johor Bharu. Setelah
siap, aku telah dihantar ke Kuala Lumpur. Aku berasa bangga kerana dapat
memberi perkhidmatan kepada orang ramai dengan membawa mereka ke
destinasi yang dihajatkan. Aku juga memberi perlindungan daripada panas
dan hujan serta memberi hawa dingin kepada mereka agar selesa.
Namun begitu, ada juga manusia yang suka mengganggu dan merosakkan
aku. Badan aku kadang-kadang diconteng dengan benda yang tajam seperti
paku. Pen juga digunakan untuk menulis perkataan-perkataan yang tidak
sepatutnya pada badanku. Sakit rasanya tetapi tidak ada sesiapa yang
mendengar rintihanku. Aku terpaksa menanggung segala penderitaan seorang
diri. Ada juga yang membuang sampah merata-rata di sekitar aku sehingga
diriku menjadi busuk dan kotor. Mereka juga suka makan dan membuang
plastik makanan di sekitar aku.
Mereka tidak lagi menghargai perkhidmatan yang aku berikan kepada
mereka. Aku tetap menerima apa yang berlaku walaupun diganggu dan
dirosakkan. Aku tetap memberikan perkhidmatan kerana telah menjadi
tugasku dan aku percaya setiap kebaikan yang diberi akan dibalas jua
suatu hari nanti. Aku akan tetap meneruskan kerjaku kerana aku seronok
dapat berbakti dan membantu orang ramai.
No comments:
Post a Comment