Blog ini adalah berkenaan dengan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah Rendah
Tuesday, 4 December 2012
Kata Bilangan
Hasil Pembelajaran
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat
1. Menyatakan jenis-jenis kata bilangan. 2. Mengenal jenis-jenis kata bilangan. 3. Membina ayat dengan menggunakan kata bilangan dengan betul.
Kata Bilangan Kata bilangan terdiri daripada perkataan yang menerangkan bilangan atau jumlah (Koh Boh Boon, 190 : 90). Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 272).
Menurut Prof. Abdullah Hassan (2002 : 125), kata bilangan memberitahu jumlah orang,
benda atau perkara. Menurut Prof. Abdullah Hassan (2002 : 125 - 127) ada 6 jenis
kata bilangan iaitu:
1. Bilangan Kardinal / bilangan tentu - satu, dua, seribu, sejuta
2. Bilangan tak tentu - segala, semua, beberapa, seluruh, sekian,
para
3. Bilangan pisahan - setiap, tiap-tiap, masing-masing
4. Bilangan himpunan - berpuluh-puluh, berjuta-juta
5. Bilangan pecahan - separuh, setengah, sebahagian, tiga suku.
6. Bilangan ordinal / giliran - pertama, kedua, keseribu, kedua ratus
Kata Bilangan | Contoh | Maksud |
Kata Bilangan Kardinal | Sepuluh Dua puluh ribu |
Menunjukkan jumlah yang tertentu. |
Kata Bilangan Tak Tentu | Semua Banyak Beberapa Kebanyakan Segala |
Menunjukkan bilangan atau jumlah yang tidak tentu. |
Bertiga-tiga Berpuluh-puluh |
Menunjukkan himpunan | |
Setiap Masing-masing |
Menunjukkan pisahan atau berasingan | |
Separuh Seperlima |
Menunjukkan pecahan |
Kesalahan Penggunaan Kata Bilangan
Kata Bilangan | Salah | Betul |
1. Kata bilangan tingkat tidak boleh digunakan untuk menunjukkan jumlah. |
Ayah menanam kedua batang pokok kelapa di kebun. | Ayah menanam dua batang pokok kelapa di kebun. |
2. Kata bilangan tak tentu seperti para, segala dan semua tidak boleh diulang. |
Para-para murid dikehendaki beratur di dewan. | Para murid dikehendaki beratur di dewan. |
3. Kata bilangan tak tentu berbagai-bagai dan setengah-tengah, kata bilangan pisahan tiap- tiap dan masing-masing tidak boleh disingkatkan. |
Di pasar malam, berbagai jenis kuih dijual. | Di pasar malam berbagai-bagai jenis kuih dijual. |
4. Kata bilangan tentu satu, tiga dan kata bilangan pecahan tidak boleh hadir serentak. |
1. Saya menunggu bas selama satu suku jam. 2. Harga ikan bawal ialah tiga setengah ringgit. |
1. Saya menunggu bas selama satu jam suku. 2. Harga ikan bawal ialah tiga ringgit setengah. |
Kata Kerja
Hasil Pembelajaran
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat
1. Membezakan kata kerja transitif dengan kata kerja tak transitif.
2. Membina ayat dengan menggunakan kata kerja dengan betul.
Kata Kerja Kata kerja menyatakan perbuatan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 139), kata kerja sebagai satu golongan kata boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu:
i) Kata kerja transitif
ii) Kata kerja tak transitif
Kata Kerja Transitif
Menurut Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja transitif ialah kata kerja
yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya
(Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 143)
Subjek | Kata Kerja Transitif | Objek |
1. Ibu | memasak | kari ayam |
2. Ahmad | menendang | bola |
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 141)
Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 141)
Subjek | Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap | Pelengkap |
1. Mereka | bermain bola | di padang |
2. Azli | tinggal | di Pahang |
Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Kata Kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa
objek atau penyambut. (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 140)
Kata Kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa
objek atau penyambut. (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 140)
Subjek | Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap | Keterangan |
1. Mereka | makan | di Restoran Sahur |
2. Dia | membeli-belah | di Singapura |
Kata Kerja Transitif
Kata Kerja yang mengambil satu objek di belakangnya. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu, kata kerja transitif yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek
(Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 90).
Contoh:
1. Emak memasak (kata kerja transitif) kari ayam (objek)
2. Kakak membelikan (kata kerja transitif) Kartini kamus.
Kata Kerja yang mengambil satu objek di belakangnya. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu, kata kerja transitif yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek
(Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 90).
Contoh:
1. Emak memasak (kata kerja transitif) kari ayam (objek)
2. Kakak membelikan (kata kerja transitif) Kartini kamus.
Kata Kerja Tak
Transitif
Kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut
atau objek sesudahnya. (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 90). Menurut Tatabahasa
Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 140), kata kerja tak transitif
dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:
i) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
ii) Kata kerja tak transitif berpelengkap
Kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut
atau objek sesudahnya. (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 90). Menurut Tatabahasa
Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 140), kata kerja tak transitif
dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:
i) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
ii) Kata kerja tak transitif berpelengkap
Contoh:
1. Murid-murid berbaris (kata kerja tak transitif) di padang sekolah
2. Pasukan hoki berlatih (kata kerja tak transitif) setiap petang.
1. Murid-murid berbaris (kata kerja tak transitif) di padang sekolah
2. Pasukan hoki berlatih (kata kerja tak transitif) setiap petang.
Kata Kerja Tak
Transitif Berpelengkap
- bertujuan melengkapkan maksud ayat.
Contoh:
1. Murid-murid itu tinggal [di asrama sekolah]. - pelengkap
- bertujuan melengkapkan maksud ayat.
Contoh:
1. Murid-murid itu tinggal [di asrama sekolah]. - pelengkap
Kata Kerja Tak
Transitif tidak diikuti oleh pelengkap dikenali sebagai kata
kerja tak transitif
tanpa pelengkap.
Contoh:
1. Pegawai penerangan sudah tiba.
Contoh:
1. Pegawai penerangan sudah tiba.
Kata Perintah
Hasil Pembelajaran
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat
1. Mengenal pasti dan menyatakan jenis-jenis kata perintah
2. Mengisi tempat kosong dengan kata perintah yang sesuai.
Kata Perintah Kata Perintah digunakan untuk memberikan suatu perintah. Menurut Tatabahasa Dewan Bahasa Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 :244), kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan. Contoh kata perintah adalah seperti: Jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap.
Kata Perintah |
Penggunaan
|
Jangan | Melarang melakukan sesuatu |
Usah | Jangan melakukan sesuatu |
Sila | Meminta dengan hormat supaya melakukan sesuatu |
Jemput | Mengajak atau mengundang |
Minta | Mahu akan sesuatu |
Tolong | Meminta bantuan |
Harap | Meminta supaya terjadi sesuatu perkara |
Kata Hubung
Hasil Pembelajaran
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat
1. Mengenal pasti jenis-jenis kata hubung
2. Mengisi tempat kosong dengn kata hubung yang sesuai.
3. Mengenal pasti kesalahan penggunaan kata hubung dalam ayat.
4. Membina ayat yang betul dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.
Kata Hubung Perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk.
Kata Hubung Gabungan
Kata hubung gabungan menyambungkan dua ayat yang sama penting kedudukan. Menurut
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 239), kata hubung
gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama
taraf sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut
ayat majmuk gabungan.
Contoh:
1. Dia membuka almari lalu mengambil bajunya.
2. Roziah mendengar radio sambil menggosok baju.
Kata Hubung Pancangan
Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil. Ayat utama Ayat Kecil 1. [ Asmah senyum ] kerana [ dia sangat gembira ] 2. Kami akan berhenti menjalani latihan bola sepak jika hujan bertambah lebat. 3. Dia tidak putus asa walaupun dia tidak berjaya dalam temuduga tersebut.
Menurut Tatabahasa Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 :240), kata hubung
pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambung klausa-klausa tak setara atau
klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi
kepada tiga jenis, iaitu:
1. Kata hubung pancangan relatif
2. Kata hubung pancangan komplemen
3. Kata hubung pancangan keterangan
Kata hubung pancangan relatif.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 240), kata
hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah kata yang berfungsi
menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain. Bentuk kata
hubung pancangan relatif ialah "yang".
Kata hubung pancangan komplemen.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 241), kata
hubung, pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi
komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua contoh kata komplemen
yang sering digunakan ialah "bahawa" dan "untuk".
Kata hubung pancangan keterangan
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 241), kata
hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi
keterangan pada satu klausa utama.
Contoh kata keterangan adalah seperti;
"kerana, hingga, kalau, agar, jika, sungguhpun, supaya, apabila".
Latihan Tatabahasa
Baca petikan di bawah dan isi tempat kosong dengan perkataan
i) Kata nama (ii) Kata kerja (iii) Kata bantu (iv) Kata hubung (v) Kata sendi nama (vi) kata ganti nama diri
i) Kata nama (ii) Kata kerja (iii) Kata bantu (iv) Kata hubung (v) Kata sendi nama (vi) kata ganti nama diri
Kata Yang Hampir Sama Makna
Hasil Pembelajaran
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat
1. Mengisi tempat kosong dengan kata hampir sama makna yang sesuai.
2. Menggunakan perkataan hampir sama makna dalam ayat dengan betul.
3. Mengenal pasti dan membetulkan kesalahan penggunaan perkataan
hampir sama makna dalam ayat.
Kata Yang Hampir Sama Maknanya.
Kata | Maknanya |
1. besar 2. lebar 3. longgar 4. luas |
1. tidak kecil ukurannya 2. ukuran lintang sesuatu bidang 3. tidak sempit (pakaian) 4. tidak sempit, lapang (halaman) |
1. basi 2. busuk 3. hangit 4. tengik |
1. makanan yang tidak sedap baunya kerana
sudah cemar 2. buruk atau rosak (buah) 3. nasi yang hampir hangus dan berbau 4. berbau atau terasa tidak sedap (minyak kelapa yang sudah lama) |
1. beku 2. kaku 3. kejur 4. tegang |
1. keras kerana sejuk (cecair) 2. kejang 3. keras dan kaku (tubuh), tegak dan keras (rambut) 4. keras dan liat (urat, otot) |
1. belah 2. hancur 3. patah 4. retak |
1. pecah menjadi dua bahagian 2. pecah menjadi kecil-kecil kerana dikunyah, ditumbuk, remuk, lumat 3. hampir putus 4. menunjukkan akan pecah |
1. bengkok 2. bongkok 3. condong 4. serong |
1. tidak lurus 2. melengkung, tidak lurus 3. senget 4. tidak lurus, tidak tepat (letak, potongan sesuatu) |
1. empuk 2. lemau 3. lembik 4. lembut |
1. lembut dan mudah dikunyah 2. tidak garing kerana sudah kena angin (biskut, kuih) 3. tidak keras, lembut 4. tidak keras, lembuik, mudah dilenturkan |
1. gembur 2. rangup 3. rapuh 4. retas |
1. tidak keras padat (tanah) 2. mudah pecah, rapuh (biskut, keropok) 3. mudah patah atau mudah pecah 4. terbuka jahitan kerana putus benangnya (pakaian) |
1. muncul 2. tampil 3. terbit 4. timbul |
1. keluar dengan tiba-tiba 2. datang ke depan 3. keluar dari tempat yang terlindung 4. naik ke atas dari dalam air |
1. berbuai 2. bergegar 3. bergoyang 4. berkocak |
1. bergerak barbalik-balik, berayun-ayun 2. bergerak ke atas ke bawah dengan cepat dan kuat, bergoncang 3. bergerak terayun-ayun 4. bergoncang (air dalam bekas) |
1. berkeliaran 2. berhamburan 3. berserakan 4. bertempiaran |
1. bergerak dengan tidak
bertujuan atau menuju ke serata tempat 2. keluar bertabur-tabur ke sana ke sini 3. tidak tersusun atau tidak kemas 4. berlari ke sana ke sini dengan tidak tentu haluan |
1. nencolok 2. mencucuk 3. menjolok 4. merodok |
1. menusuk atau menimbulkan
rasa meluat kerana sesuatu (kelakuan, pakaian) 2. menikam atau menusuk dengan benda tajam 3. merodok sesuatu dengan galah supaya gugur 4. menusuk, menikam senjata tajam |
1. mengambil 2. menyambar 3. merampas 4. merenggut |
1. mengangkat, memungut
sesuatu yang ada di bawah, memegang sesuatu lalu membawa 2. melakukan sesuatu seperti menyamun dengan kasar dan cepat 3. mengambil sesuatu kepunyaan orang lain dengan paksa, merebut 4. menarik dengan cepat |
1. mencuit 2. meraba 3. menyentuh 4. menyinggung |
1. menyentuh dengan hujung
jari 2. hendak mencari sesuatu 3. melanggar sedikit 4. menyentuh dengan siku |
1. menanak 2. menjerang 3. mengukus 4. merebus |
1. memasak sesuatu dalam
periuk (nasi) 2. meletakkan cerek di atas api, memasak 3. memanaskan sesuatu dengan wap air 4. memasak sesuatu dalam air mendidih |
1. menatang 2. mengelek 3. menjinjing 4. menjunjung |
1. membawa sesuatu di atas
tapak tangan 2. mengepit sesuatu di rusuk atau di ketiak 3. membawa sesuatu dengan tangan yang tehulur ke bawah 4. membawa sesuatu di atas kepala |
1. memangkas 2. mencencang 3. mengerat 4. menghiris |
1. memotong hujung
tumbuh-tumbuhan supaya pendek, memotong dengan gunting (rambut) 2. memotong sesuatu sehingga halus-halus 3. memotong, memenggal, memancung 4. memotong, mengerat tipis-tipis |
1. memagut 2.menggerit 3. menggigit 4. mengunyah |
1. menggigit 2. menggigit sedikit-sedikit dengan gigi depan 3. memotong dengan gigi 4. melumatkan makanan dalam mulut dengan gigi sebelum menelan |
1. mengelap 2. menggosok 3. menggilap 4. menyapu |
1. mengeringkan 2. menggeserkan sesuatu pada benda lain supaya berkilat, bersih 3. menggosok supaya berkilat 4. membersihkan sesuatu dengan menggunakan penyapu |
1. mencium 2. menghirup 3. menghisap 4. mengucup |
1. menyedut udara dengan
hidung untuk mengetahui baunya, menghidu 2. menghisap dan menelan benda cair 3. menarik minuman, asap rokok dan lain-lain ke dalam mulut atau hidung denan nafas 4. menyentuh dengan bibir. |
1. melihat 2. meneliti 3. mengintai 4. menonton |
1. memandang, menengok 2. memperhatikan dengan bersungguh-sungguh 3. melihat dengan bersembunyi-sembunyi untuk mengetahui gerak-geri orang 4. menengok sesuatu pertunjukkan |
1. menyimbah 2. menyiram 3. merendam 4. merenjis |
1. menyiram dengan air
sehingga basah 2. mencurahkan air pada sesuatu 3. menaruh sesuatu di dalam air 4. memercik air pada seseorang atau sesuatu |
1. menganyam 2. memilih 3. menenun 4. menyulam |
1. mengatur / menyusun
sesuatu supaya bersilang-silang / berjalin 2. memintal tali / berjalin 3. membuat kain daripada benang, kapas atau sutera 4. menjahit perhiasan pada kain |
1. melulur 2. meneguk 3. menelan 4. menghisap |
1. menelan bulat-bulat 2. menelan sesuatu benda cair 3. memasukkan ke dalam perut melalui kerongkong 4. menyedut sesuatu ke dalam perut |
1. terjelopok 2. terperosok 3. tersungkut 4. terjunam |
1. jatuh terduduk 2. jatuh ke dalam lubang 3. jatuh ke depan serta muka terkena tanah 4. jatuh kepala dahulu |
1. bolak-balik 2. lalu -lalang 3. mundar- mandir 4. pindah-randah |
1. pulang dan pergi lagi,
ulang-alik 2. banyak kali lalu (keluar masuk) 3. berjalan pergi balik, berulang-alik 4. selalu bertukar tempat |
Kata Banyak Makna
Hasil Pembelajaran
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat
1. Menyatakan makna sesuatu perkataan.
2. Membezakan makna perkataan yang mempunyai ejaan yang berbeza.
3. Membetukan kesalahan penggunaan kata dalam ayat.
Kata Banyak Makna
Kata | Maknanya |
Akal | 1. fikiran 2. ikhtiar 3. muslihat, tipu helah |
Alamat | 1. tanda 2. tempat tinggal 3. keterangan nama tempat, jalan, nombor rumah,poskod dan menunjukkan tempat tinggal seseorang. |
Barang | 1. benda 2. lebih kurang 3. apa-apa saja |
Bermuka-muka | 1. beberapa banyak muka surat. 2. berpura-pura atau tidak ikhlas |
Bersimpang-siur | 1. bergerak ke sana ke mari. 2. silang-menyilang kerana terlalu banyak. 3. terlalu banyak likunya, berliku-liku. |
Besar | 1. tidak kecil. 2. kuat dan lurus kawasan pemerintahnya. 3. penting, berpengaruh, berkuasa 4. tugas penting, hajat atau niat. |
Cerah | 1. terang 2. jernih. 3. agak putih. 4. berseri, tidak muram. 5. baik, bahagia. |
Cetek | 1. tidak luas (pengetahuan) 2. tidak dalam (air) |
Dalam | 1. tidak cetek 2. luas pengalaman |
Diam | 1. tidak bercakap, senyap 2. tinggal |
Diam-diam | 1. senyap-senyap, tidak memberitahu sesiapa. 2. tidak berbuat apa-apa |
Dingin | 1. sejuk 2. tidak meriah |
Faedah | 1. guna, manfaat. 2. bunga, laba, untung |
Halaman | 1. muka surat. 2. pekarangan rumah |
Halus | 1. kecil-kecil. 2. beradab |
Hampa | 1. kecewa 2. tidak berisi 3. kosong |
Hangat | 1. berita yang masih baru 2. panas |
Haus | 1. dahaga 2. sangat ingin mendapatkan sesuatu 3. menjadi tidak tebal kerana tergosok atau banyak digunakan |
Jelas | 1. terang, nyata 2. selesai, beres |
Kemas | 1. teratur 2. disiapkan dengan baik 3. kuat, teguh, erat. |
Kemasukan | 1. dimasuki oleh sesuatu 2. yang behubung dengan perihal masuk |
Kepantasan | 1. kelajuan 2. kecekapan |
Lapangan | 1. kawasan yang luas 2. jurusan, bidang |
Lapang | 1. luas 2. tidak sibuk |
Masak | 1. boleh dipetik dan dimakan 2. tidak mentah 3. berpengalaman |
Menganjurkan | 1. mengemukakan, mengesyorkan, mencadangkan 2. mengadakan 3. menghulurkan atau memajukan ke depan |
Menggosok-gosok | 1. menggilap |
Menjelaskan | 1. menerangkan atau menghuraikan dengan
lebih lanjut 2. menyelesaikan hutang |
Menjemput | 1. mengambil 2. mengambil atau mencubit dengan menggunakan hujung jari |
Melancarkan | 1. memulakan sesuatu dengan cepat /
meluncurkan 2. memudahkan / melicinkan sesuatu usaha 3. melakukan / mengadakan sesuatu serangan, tindakan |
Melepaskan | 1. membebaskan / menjadi tidak terikat 2. menghilangkan (letih / penat) 3. memberikan / menguntukkan 4. mengeluarkan / membiarkan keluar (perasaan) |
Membuka | 1. menjadikan tidak bertutup 2. menghidupkan sesuatu 3. memberikan peluang |
Memotong | 1. mengerat / memenggal 2. mengurangkan sesuatu 3. memintas 4. mencelah percekapan orang 5. menoreh getah |
Menyaingi | 1. mengiringi / menemani 2. menandingi / berlawan |
Menahan | 1. tidak membiarkan lepas, menyekat, tidak
membenarkan, menghentikan. 2. melawan / menangkis serangan 3. melambaikan tangan untuk menyuruh kenderaan berhenti 4. menguatkan diri supaya sanggup menderita |
Menelan | 1. memasukkan sesuatu ke dalam perut
melalui kerongkong 2. banyak memerlukan 3. terpaksa menerima sesuatu yang tidak menyenangkan |
Menuntut | 1. mendesak 2. mencari ilmu |
Pengajaran | 1. sesuatu yang diajar 2. pedoman |
Rasa | 1. rasa dengan lidah 2. pendapat, fikiran 3. keadaan hati terhadap sesuatu |
Serong | 1. tidak lurus, tidak tepat letaknya 2. tidak jujur, curang |
Tahan | 1. tidak mudah rosak 2. sanggup menderita 3. cukup, memadai |
Tajam | 1. dapat memotong dengan mudah 2. cerdik 3. keras atau pedas (perkataan, kritik) |
Tawar | 1. tidak terasa apa-apa 2. tidak mujarab, hilang kekuatan 3. tidak berkemahuan, tidak bernafas / bersemangat 4. meminta dikurangkan harga barangan. |
Saturday, 1 December 2012
Aku Sebuah Bas
Aku Sebuah Bas

Aku sebuah bas yang berjenama Perkasa. Badanku berwarna putih dan
berjalur perak. Aku dibuat di sebuah kilang di Johor Bharu. Setelah
siap, aku telah dihantar ke Kuala Lumpur. Aku berasa bangga kerana dapat
memberi perkhidmatan kepada orang ramai dengan membawa mereka ke
destinasi yang dihajatkan. Aku juga memberi perlindungan daripada panas
dan hujan serta memberi hawa dingin kepada mereka agar selesa.
Namun begitu, ada juga manusia yang suka mengganggu dan merosakkan
aku. Badan aku kadang-kadang diconteng dengan benda yang tajam seperti
paku. Pen juga digunakan untuk menulis perkataan-perkataan yang tidak
sepatutnya pada badanku. Sakit rasanya tetapi tidak ada sesiapa yang
mendengar rintihanku. Aku terpaksa menanggung segala penderitaan seorang
diri. Ada juga yang membuang sampah merata-rata di sekitar aku sehingga
diriku menjadi busuk dan kotor. Mereka juga suka makan dan membuang
plastik makanan di sekitar aku.
Mereka tidak lagi menghargai perkhidmatan yang aku berikan kepada
mereka. Aku tetap menerima apa yang berlaku walaupun diganggu dan
dirosakkan. Aku tetap memberikan perkhidmatan kerana telah menjadi
tugasku dan aku percaya setiap kebaikan yang diberi akan dibalas jua
suatu hari nanti. Aku akan tetap meneruskan kerjaku kerana aku seronok
dapat berbakti dan membantu orang ramai.
Latihan TB Tahun 2 KSSR
Latihan Tatabahasa KSSR Tahun 2
Nama saya ialah Alif Imran. Saya mempunyai kawan baik yang bernama Anas
Mustaqim. Kami belajar dalam kelas yang sama. Kami berkawan baik dan
mengetahui hobi atau kegemaran masing-masing. Kami selalu bermain
bersama-sama pada waktu petang. Sikap kami selalu dipuji oleh ibu dan
ayah Alif Imran.
Ayah Alif Imran, iaitu Pak Cik Azman ialah seorang guru. Beliau
mengajar saya mata pelajaran Bahasa Malaysia. Ibu Alif Imran pula
bernama Puan Azizah. Beliau bertugas sebagai seorang juru rawat di
Hospital Sultan Ahmad Shah,Temerloh.
Senaraikan kata nama khas manusia :
1.______________________________________
2.______________________________________
3.______________________________________
4.______________________________________
5.______________________________________
Lagu Buaya Dan Sang Kancil
Tonton video di bawah dan jawab soalan-soalan berikut.
1. Mengapakah Sang Kancil ingin menyeberangi sungai tersebut?
___________________________________________________________
2. Bagaimanakah cara Sang Kancil dapat menyeberang sungai tersebut?
____________________________________________________________
3. Apakah perasaan Sang Buaya apabila mendapati dirinya telah ditipu Sang Kancil?
____________________________________________________________
4. Berikan perkataan seerti dengan perkataan berikut.
a. tamak : _______________
b. berkumpul : ______________
c. menyeberangi : __________________
5. Nyatakan dua pengajaran yang dapat diperolehi daripada cerita tersebut.
Latihan BM Th.1 KSSR
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...Ya Allah, jadikanlah usahaku ini satu ibadat yang KAU redhai...Ya Allah, jadikanlah ilmu yang dipinjamkan oleh MU sesuatu yang bermanafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia di dunia dan akhirat. AMIN...Ya Allah, jadikanlah setiap perbuatanku, suami dan anak-anak sebagai ibadat yang ikhlas dengan limpahan redhamu..AMIN..Ya Allah, ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaanMU kepada kami yang sangat lemah...Ilmu kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman MU, Sunnah KekasihMU ada di bumiMU.Permudahkanlah segala urusan kami...AMIN...Ya Allah, semuga ilmu yang kau pinjamkan ini tersebar dan dimurnikan semula oleh para pengunjung blog...Jadikanlah ilmu ini bermanafaat buat rakan-rakan pendidik dan anak-anak didikku sekalian...AMIN
Tuesday, 17 July 2012
Latihan Tatabahasa KSSR Tahun 1
Pilih kata hubung yang betul.
1. Saya _______________ Danial akan ke perpustakaan.
A. sambil
B. dan
2. Awak hendak ke kedai buku _____________ ke pasar raya ?
A. dan
B. atau
3. Adik menangis ______________ wang sakunya hilang.
A. kerana
B. sambil
4. Kaki adik luka ________________ dia tidak menangis.
A. tetapi
B. sejak
5. Amira belajar ______________ mendengar muzik.
A. tetapi
B. sambil
6. Shafik memasukkan pensel_______________ pen ke dalam kotak pensel.
A. dan
B. tetapi
7. Puan Aminah turun dari kereta ____________________ berjalan ke pejabatnya.
A. lalu
B. tetapi
8. Lutut Zaidi luka __________________ terjatuh dari basikal.
A. atau
B. kerana
9. Badan Zainal gemuk ________________ badan adiknya kurus.
A. sambil
B. tetapi
10. Azim membaca buku _____________________ menunggu ayah menjemputnya.
A. sambil
B. tetapi
Subscribe to:
Posts (Atom)