Friday 12 October 2012

Sistem Tatabahasa 1


Tatabahasa

Ayat Tanya
  • Ayat yang digunakan untuk menanyai seseorang atau menanyakan sesuatu.
  • Dalam tulisan, ayat tanya ditandai dengan tanda tanya (?) pada akhir ayat tersebut.
  • Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu:                                                                                             a) Ayat tanya yang disertai kata tanya seperti apa, bagaimana, berapa, bila, mana, mengapa, dan siapa.                                                                                                                                       b)Ayat tanya yang bentuknya sama dengan ayat penyata tetapi dibezakan oleh adanya  tanda tanya (?) pada akhir ayat itu. Contoh: Itu apa?, Jumlahnya berapa?, Orang itu siapa?, Encik Ramli mana?, Kamu bagaimana?, Anda dari mana?, Hadiah itu untuk siapa?                                              
  • Contoh-contoh yang diberikan ini terbentuk dengan subjeknya didahulukan dan predikatnya dikemudiankan. Ayat tanya seperti ini dikenal sebagai ayat tanya biasa.
  • Ayat tanya jenis ini juga boleh disertai partikel tanya-kah yang diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat.
  • Contohnya: Dia ke masjidkah?, Kamukah yang menconteng buku ini? Encik Ramlikah penyanyi itu?   
Ayat Penyata
  • Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sesuatu pernyataan atau memberi sesuatu hal, biasanya diakhiri dengan tanda noktah(.)
  • Merupakan ayat yang diucapkan dengan tujuan atau maksud membuat kenyataan. Misalnya, menyatakan atau memberikan sesuatu keterangan tentang sesuatu hal atau berita. Ayat jenis ini juga disebut ayat berita atau ayat keterangan.
  • Contohnya: a)Nadiah jurutaip. b)Dia wartawan. c)Abdullah sedang makan. d)Kuala Lumpur ibu negara Malaysia. e)Malaysia mengeksport kereta Proton Saga. f)Menjelang tahun 2020, Malaysia akan menjadi negara industri.    
Ayat Perintah
  • Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menyuruh atau memerintah seseorang supaya berbuat sesuatu atau melakukan sesuatu. 
  • Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan atau memberi suruhan atau arahan, larangan, ajakan atau menyampaikan permintaan.
  • Ayat perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau, dan seumpamanya yang lazim digugurkan.
  • Berdasarkan perkataan yang digunakan, ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu: a)Ayat suruhan. b)Ayat larangan. c)Ayat silaan. d)Ayat permintaan.
Gunakanlah Bahasa yang tepat

Ayat Suruhan
  • Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan untuk menyampaikan perintah, arahan, atau suruhan.
  • Contoh: a)Baca buku itu sekarang. b)Jahit baju ini. c)Tulis surat kepada mereka. d)Padamkan lampu itu.
  • Ayat suruhan seperti di atas mempunyai ganti nama orang kedua, misalnya kamu, awak, anda, dan engkau sebgai subjek. Walaubagaimanapun, subjek dalam ayat perintah biasanya digugurkan. Tetapi untuk pemahaman anda, subjek boleh diucapkan.
  • Contoh: a)Kamu baca buku itu sekarang. b)Awak jahit baju ini. c)Anda tulis surat kepada mereka. d)Engkau padamkan lampu itu.
  • Ayat suruhan boleh memakai partikel lah bertujuan melembutkan suruhan, disamping menegaskan predikat. Contoh: a)Pergilah dari sini. b)Keluarlah dari bilik ini, c)Bacalah buku itu sekarang. d)Awak siapkanlah kerja itu sekarang. e)Makanlah kuih ini dahulu.





No comments:

Post a Comment