Sunday 18 November 2012

Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi

Surat Kiriman Tidak Rasmi
 Soalan: Tulis sepucuk surat kepada sahabat anda untuk memberitahu kepada sahabat anda tentang cara-cara untuk berjaya dalam peperiksaannya dan memberi kata-kata semangat kepadanya.

No. 102, Jalan Keris 18,
Taman Puteri Wangsa,
Ulu Tiram, 81800,
Johor Darul Takzim.                                                                                                    
 8 September 2010.    

Kehadapan sahabatmu Amirul, yang kini berada di Johor. Semoga anda sekeluarga berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.
 Saudara,
              Apa khabar? Sebelum meneruskan bicara, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana anda mengucapkan tahniah ke atas kejayaan saya itu. Saya pun ingin mengatakan bahawa saudara tidak perlu bersedih kerana tidak mendapat keputusan seperti yang diingini. Pada surat saya kali ini, saya ingin member sedikit sebanyak nasihat dan cara untuk saudara berjaya kelak. Saya membuat pelbagai latihan untuk mendapat keputusan yang terbaik. Selain itu, setiap hari saya menulis sebuah karangan dan menghantar kepada cikgu, apabila disemak mereka akan memperbetulkan ayat yang saya tulis. Tambahan pula, saya mengulangkaji matapelajaran yang guru mengajar setiap hari.
 Saudara,
              Bagi saya, untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran, kita perlulah mempunyai semangat dan keyakinan diri yang tinggi. Kita perlu mempunyai semangat berkobar-kobar untuk mendapatkan kecemerlangan dalam peperiksaan. Sikap mudah patah semangat dan berputus asa bukanlah sikap yang harus dipupuk dalam diri seseorang pelajar. Kegagalan adalah suatu pengajaran jika saudara menggunakan kegagalan tersebut sebagai pemangkin untuk kejayaan yang seterusnya atau yang akan dating.
 Saudara,
              Sesungguhnya usaha itu tangga kejayaan. Tanpa usaha yang gigih dan berterusan ternyata bahawa suatu kejayaan tidak akan tercapai. Oleh itu, tiada jalan pintas untuk mencapai sesuatu kejayaan tersebut. Saya menasihati agar saudara rajin menelaah buku-buku rujukan dan nota-nota yang diberikan oleh guru-guru saudara. Disamping itu, saudara juga boleh membuat ulangkaji sekurang-kurangnya tiga jam sehari tanpa mengambil kira masa untuk membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Jangan khuatir kerana berkat usaha saudara itu pasti akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang.
             Akhir kata, saudara hadapilah apa-apa masalah dengan tabah dan jangan segan untuk meminta bantuan daripada saya.

                                                                                                                                                Sahabat mu,
                                                                                                                                          Choo Liang Min

No comments:

Post a Comment