Soalan: Tulis
sepucuk surat kepada sahabat anda untuk memberitahu kepada sahabat anda tentang
cara-cara untuk berjaya dalam peperiksaannya dan memberi kata-kata semangat
kepadanya.
No. 102, Jalan Keris 18,
Taman Puteri Wangsa,
Ulu Tiram, 81800,
Johor Darul Takzim.
8 September 2010.
Kehadapan
sahabatmu Amirul, yang kini berada di Johor. Semoga anda sekeluarga berada
dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.
Saudara,
Apa
khabar? Sebelum meneruskan bicara, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kerana anda mengucapkan tahniah ke atas kejayaan saya itu. Sayapun ingin mengatakan
bahawa saudara tidak perlu bersedih kerana tidak mendapat keputusan seperti
yang diingini. Pada surat saya kali ini, saya ingin member sedikit sebanyak
nasihat dan cara untuk saudara berjaya kelak.
Saya
membuat pelbagai latihan untuk mendapat keputusan yang terbaik. Selain itu, setiap hari saya menulis sebuah
karangan dan menghantar kepada cikgu, apabila disemak mereka akan
memperbetulkan ayat yang saya tulis. Tambahan pula, saya mengulangkaji
matapelajaran yang guru mengajar setiap hari.
Saudara,
Bagi saya, untuk mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam pelajaran, kita perlulah mempunyai semangat dan keyakinan
diri yang tinggi. Kita perlu mempunyai semangat berkobar-kobar untuk
mendapatkan kecemerlangan dalam peperiksaan. Sikap mudah patah semangat dan
berputus asa bukanlah sikap yang harus dipupuk dalam diri seseorang pelajar.
Kegagalan adalah suatu pengajaran jika saudara menggunakan kegagalan tersebut
sebagai pemangkin untuk kejayaan yang seterusnya atau yang akan dating.
Saudara,
Sesungguhnya usaha itu tangga
kejayaan. Tanpa usaha yang gigih dan berterusan ternyata bahawa suatu kejayaan
tidak akan tercapai. Oleh itu, tiada jalan pintas untuk mencapai sesuatu
kejayaan tersebut. Saya menasihati agar saudara rajin menelaah buku-buku
rujukan dan nota-nota yang diberikan oleh guru-guru saudara. Disamping itu,
saudara juga boleh membuat ulangkaji sekurang-kurangnya tiga jam sehari tanpa
mengambil kira masa untuk membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Jangan
khuatir kerana berkat usaha saudara itu pasti akan menghasilkan kejayaan yang
cemerlang.
Akhir kata, saudara hadapilah
apa-apa masalah dengan tabah dan jangan segan untuk meminta bantuan daripada
saya.
Sahabat
mu,
Choo
Liang Min
Tips-Tips untuk Menulis Surat Kiriman Tidak Rasmi
Surat Kiriman Tidak Rasmi |
No comments:
Post a Comment