Soalan: Tuliskan sepucuk surat aduan tentang masalah
kerosakan jalan raya yang dialami oelh penduduk di taman perumahan anda
Contoh Karangan:
No 11, Jalan Permaisuri 5A,
Taman Jade Manis,
43200 Serdang, Selangor.
|
Pengarah Jabatan Kerja,
Jalan Raja Chulan,
43200 Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
20 Ogos 2010
Tuan,
Masalah Kerosakan Jalan Raya
Merujuk perkara di atas, saya sebagai wakil penduduk
taman ini ingin membuat aduan tentang masalah kerosakan jalan raya di taman
ini. Masalah ini telah berlarutan hampir setahun lamanya dan tiada tindakan
daripada pihak tuan hingga hari ini.
2. Jalan menuju
ke taman ini telah berlubang-lubang. Hal ini menyebabkan para pengguna jalan
raya tidak berasa selesa. Justeru mereka terpaksa memandu dengan perlahan serta
berhati-hati. Terdapat penduduk yang terlibat dalam kemalangan akibat
terlanggar lubang yang terdapat di jalan raya itu.
3. Berlakunya
juga tanah runtuh di beberapa tempat di sepanjang jalan raya ini. Keadaan ini
amat membahayakan para pengguna yang menggunakan jalan ini. Keadaan yang
membahayakan ini tidak disedari terutamanya pada waktu malam. Hal ini boleh
mendatangkan kecederaan yang parah kepada para pengguna.
4. Keadaan jalan
raya di sini juga tidak rata. Sesetengah jalan raya berbonggol-bonggol akibat
daripada lori membawa tanah yang sering lalu di jalan ini. Akibatnya kenderaan
penduduk banyak mengalami kerosakan. Fenomena ini mendatangkan perasaan tidak puas
hati di kalangan penduduk.
5. Kawasan
selekoh di jalan raya tersebut kini menjadi terlalu licin. Justeru jalan ini
perlu diturap semula oleh pihak tuan. Hal ini kerana sejak kebelakangan ini
banyak kemalangan telah berlaku di kawasan ini. Banyak kenderaan telah terbabas
akibat gagal dikawal oleh pemandunya.
6. Garis putih
di tengah-tengah jalan raya juga sudah tidak kelihatan. Hal ini kesan daripada
kerosakan jalan yang berlaku. Garisan putih ini juga perlu dibuat semula untuk
kesenangan para pengguna. Justeru perjalanan kenderaan akan berjalan dengan
lancar.
Sekian sahaja yang dapat saya maklumkan untuk
pengetahuan tuan. Langkah segera perlu dilakukan demi kebaikan para penduduk
taman ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai oleh kami.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan
tugas,
…………………………………..
(M. FAREEZ
HAIKAL BIN M.SHAIFUDDIN)
Wakil Penduduk,
Taman Jade
Manis.
Tips-Tips Penting Untuk Penulisan Surat Kiriman Rasmi
Tip Penting Surat Kiriman Rasmi |
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletemintak izin copy...trima kasih
ReplyDeletemintak izin copy...trima kasih
ReplyDelete