Friday 12 October 2012

Pengenalan Bahasa Kebangsaan


Fungsi Bahasa Kebangsaan

  • Sebagai Bahasa Kebangsaan-untuk menerbitkan lambang inspirasi dan semangat kebangsaan dan kemerdekaan.
  • Sebagai alat penghubung.
  • Sebagai bahasa rasmi-semua urusan rasmi iaitu surat, notis, minit mesyuarat dan pengumuman menggunakan bahasa kebangsaan.
  • Sebagai bahasa perpaduan-malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan penggunaan satu bahasa rasmi mampu mengeratkan perpaduan.
  • sebagai bahasa ilmu-menjadi bahasa ekspresif dalam pelbagai bidang ilmu, sains dan teknologi.
  • Dapat mencapai taraf cendekiawan dan bahasa saintifik dan tidak lagi dianggap sebagai bahasa yang bertaraf  rendah.
  • Digunakan agar dicerna sebagai bahasa elit dan cerdik pandai yang bertanggungjawab membentuk pemikiran masyarakat dan pembangunan negara. 
Kepentingan Bahasa Kebangsaan
Kedudukan dan Taraf Bahasa Kebangsaan
  •  Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
  • “Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh parlimen”
Kepentingan Mengguna Bahasa Kebangsaan

Lagu Kanak-Kanak


Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

Surat Kiriman Tidak Rasmi


Soalan: Tulis sepucuk surat kepada sahabat anda untuk memberitahu kepada sahabat anda tentang cara-cara untuk berjaya dalam peperiksaannya dan memberi kata-kata semangat kepadanya.

No. 102, Jalan Keris 18,
Taman Puteri Wangsa,
Ulu Tiram, 81800,
Johor Darul Takzim.

8 September 2010.


Kehadapan sahabatmu Amirul, yang kini berada di Johor. Semoga anda sekeluarga berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.

Saudara,

Apa khabar? Sebelum meneruskan bicara, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana anda mengucapkan tahniah ke atas kejayaan saya itu. Sayapun ingin mengatakan bahawa saudara tidak perlu bersedih kerana tidak mendapat keputusan seperti yang diingini. Pada surat saya kali ini, saya ingin member sedikit sebanyak nasihat dan cara untuk saudara berjaya kelak.

Saya membuat pelbagai latihan untuk mendapat keputusan yang terbaik.  Selain itu, setiap hari saya menulis sebuah karangan dan menghantar kepada cikgu, apabila disemak mereka akan memperbetulkan ayat yang saya tulis. Tambahan pula, saya mengulangkaji matapelajaran yang guru mengajar setiap hari.

Saudara,

            Bagi saya, untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran, kita perlulah mempunyai semangat dan keyakinan diri yang tinggi. Kita perlu mempunyai semangat berkobar-kobar untuk mendapatkan kecemerlangan dalam peperiksaan. Sikap mudah patah semangat dan berputus asa bukanlah sikap yang harus dipupuk dalam diri seseorang pelajar. Kegagalan adalah suatu pengajaran jika saudara menggunakan kegagalan tersebut sebagai pemangkin untuk kejayaan yang seterusnya atau yang akan dating.

Saudara,

            Sesungguhnya usaha itu tangga kejayaan. Tanpa usaha yang gigih dan berterusan ternyata bahawa suatu kejayaan tidak akan tercapai. Oleh itu, tiada jalan pintas untuk mencapai sesuatu kejayaan tersebut. Saya menasihati agar saudara rajin menelaah buku-buku rujukan dan nota-nota yang diberikan oleh guru-guru saudara. Disamping itu, saudara juga boleh membuat ulangkaji sekurang-kurangnya tiga jam sehari tanpa mengambil kira masa untuk membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Jangan khuatir kerana berkat usaha saudara itu pasti akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang.

            Akhir kata, saudara hadapilah apa-apa masalah dengan tabah dan jangan segan untuk meminta bantuan daripada saya.


                                                                                                                                           Sahabat mu,
                                                                                                                                      Choo Liang Min


Tips-Tips untuk Menulis Surat Kiriman Tidak Rasmi

Surat Kiriman Tidak Rasmi


Karangan Surat Kiriman Rasmi

Surat Kiriman Rasmi

Soalan: Tuliskan sepucuk surat aduan tentang masalah kerosakan jalan raya yang dialami oelh penduduk di taman perumahan anda

Contoh Karangan:

No 11, Jalan Permaisuri 5A,
Taman Jade Manis,
43200 Serdang, Selangor.



Pengarah Jabatan Kerja,
Jalan Raja Chulan,
43200 Serdang,

Selangor Darul Ehsan.                                                                 20 Ogos 2010

Tuan,

Masalah Kerosakan Jalan Raya

Merujuk perkara di atas, saya sebagai wakil penduduk taman ini ingin membuat aduan tentang masalah kerosakan jalan raya di taman ini. Masalah ini telah berlarutan hampir setahun lamanya dan tiada tindakan daripada pihak tuan hingga hari ini.

2.  Jalan menuju ke taman ini telah berlubang-lubang. Hal ini menyebabkan para pengguna jalan raya tidak berasa selesa. Justeru mereka terpaksa memandu dengan perlahan serta berhati-hati. Terdapat penduduk yang terlibat dalam kemalangan akibat terlanggar lubang yang terdapat di jalan raya itu.

3.  Berlakunya juga tanah runtuh di beberapa tempat di sepanjang jalan raya ini. Keadaan ini amat membahayakan para pengguna yang menggunakan jalan ini. Keadaan yang membahayakan ini tidak disedari terutamanya pada waktu malam. Hal ini boleh mendatangkan kecederaan yang parah kepada para pengguna.

4.  Keadaan jalan raya di sini juga tidak rata. Sesetengah jalan raya berbonggol-bonggol akibat daripada lori membawa tanah yang sering lalu di jalan ini. Akibatnya kenderaan penduduk banyak mengalami kerosakan. Fenomena ini mendatangkan perasaan tidak puas hati di kalangan penduduk.

5.  Kawasan selekoh di jalan raya tersebut kini menjadi terlalu licin. Justeru jalan ini perlu diturap semula oleh pihak tuan. Hal ini kerana sejak kebelakangan ini banyak kemalangan telah berlaku di kawasan ini. Banyak kenderaan telah terbabas akibat gagal dikawal oleh pemandunya.

6.  Garis putih di tengah-tengah jalan raya juga sudah tidak kelihatan. Hal ini kesan daripada kerosakan jalan yang berlaku. Garisan putih ini juga perlu dibuat semula untuk kesenangan para pengguna. Justeru perjalanan kenderaan akan berjalan dengan lancar.

Sekian sahaja yang dapat saya maklumkan untuk pengetahuan tuan. Langkah segera perlu dilakukan demi kebaikan para penduduk taman ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai oleh kami.


Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

…………………………………..
(M. FAREEZ HAIKAL BIN M.SHAIFUDDIN)
Wakil Penduduk,
Taman Jade Manis.


Tips-Tips Penting Untuk Penulisan Surat Kiriman Rasmi

Tip Penting Surat Kiriman Rasmi



Sistem Tatabahasa 4



Kata Adjektif


Contoh-contoh Kata Adjektif

Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu
kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.


Penggunaan Kata Adjektif Tahun 3 dan 4


1. Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.

Jenis-jenis kata Adjektif

Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.
Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.

a. Adjektif Jati
          Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.
          Contoh:
          Buku itu berwarna biru.
          Budak kurus itu kawan saya.
b. Ajdektif Bilangan atau pecahan
          Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.
          Contoh:
          Ayah memiliki dua buah kereta.
          Saya membeli beberapa kuntum bunga.
c. Adjektif Tunjuk
          Ia menunjukkan “bagaimana” / “yang mana”
          contoh:
          Baju ini mahal harganya.
          Perkara demikian jangan diulangi lagi.
d. Adjektif pencerai / pengasingan
          Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau selonggok-selonggok.
          Contoh:
          Setiap pelajar mesti berdiplin.
          Ambil barang masing-masing.

2. Kata adjektif ialah kata yang menerangkan,
 Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:

(a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik;
(b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau;
(c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar; 
(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur;
(e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh; 
(f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal;
(g) menerangkan sifat perasaan seperti
 malu dan gembira;
(h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat;
(i) menerangkan
 sifat pencaindera seperti masin dan harum.

Pangkat-pangkat Adjektif
1. Pangkat biasa
ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa.
Contoh
Baju dia cantik.
Buah betik itu manis.
2. Pangkat perbandingan
Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang.
Contoh
Tenaganya sekuat Badang.
Buah jambu itu semanis gula.
3. Pangkat menyangat
Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya.
Contoh
Cuaca hari ini sangat mendung.
Buah rambutan ini terlalu masak.
4. Pangkat penghabisan
Ia menerangkan adjektif paling satau penghabisan.
Contoh
Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
Menera KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.
Kata Sendi
Kata sendi ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan dua atau lebih
perkataan, frasa, atau ayat.


Renungan


Sistem Tatabahasa 3

Pengenalan Kata Kerja
Maksud Kata Kerja
  • Kata kerja pada umumnya ditandai oleh imbuhan-imbuhan seperti ber-, ber…an, berkan,men-, men…kan, memperkan, dan memperi.
  • Ada juga kata kerja yang tidak memerlukan imbuhan. Contohnya: adu, ambil, pikul dan sebagainya.
  • Jadi, ada dua bentuk kata kerja, iaitu yang berimbuhan dan tidak berimbuhan.               


Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif  ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

A. Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.
Contohnya: Atan mendengar radio.
        mendengar ialah kata kerja transitif
        radio ialah objek (kata nama)
Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya:

Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.

Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat atau penyambut.

(a) Pak Abu menjala ikan.
(b) Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c) "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.
(d) Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e) Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih.
(f)  Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.

Subjek ( pembuat )
Kata kerja transitif
penyambut ( Objek )
Dia suka
membaca
buku
Jamilah
memukul
seekor ular
Abidin
menjual
kuih-muih
Ramli
berjalan
ke sekolah
Kereta itu
melanggar
seekor lembu

B. Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
Contohnya :

1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.

Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.

Subjek ( pembuat )Kata kerja tak Transitifketerangan
Kamimandidi tasek itu.
Diasenyumsemasa berjalan
Sayamenyanyidengan kuat
Hassanberjalanke sekolah

2. Kata Kerja Tak Transitif

1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an,
dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Murid-murid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.
Peringatan
Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’ di hujungnya.

Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.

3. Kata Kerja Pasif

1. Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men.
Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
2. Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga
3. Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.
Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
4. Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.
Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
5  Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.
Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan.



Carta Kata Kerja






Sistem Tatabahasa 2





Carta Kata Nama



Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA
dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan

1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Nama Am
2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll
benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat
 
Kata Nama Khas
1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a)    benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b)    orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c)     binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d)    tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

manusia
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
binatang
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), 
Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kegunaan
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Benda
bangunan
kereta
buku
sekolah
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau
Orang
doktor
kerani
guru
budak lelaki
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi
Binatang
kucing
lembu
katak
ayam
burung
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
Tempat
negeri
bandar
kampung
tasek
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana
Tumbuhan
pisang
cili
jambu
limau
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi

Kata nama Terbitan
Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
          di awal kata ( awalan )
          di akhir kata ( akhiran )
          di awal dan di akhir kata ( apitan )
Sila teliti contoh-contoh imbuhan  :

di awal kata
pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
di akhir kata
-ita, -man, -wati, -an, dan -wan
di awal dan di akhir kata
per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an
Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :

kelas kata
kata dasar
kata terbitan
kata kerja
peraga
latih
bawa
lawan
peragawati
latihan
pembawaan
perlawanan
kata sendi
oleh
untuk
perolehan
peruntukan
kata nama
lombong
rumah
guru
perlonbongan
perumahan
perguruan
kata adjektif
cantik
besar
tinggi
kecantikan
pembesar
ketinggian

Bahasa Kita Budaya Kita


Sistem Tatabahasa 1


Tatabahasa

Ayat Tanya
  • Ayat yang digunakan untuk menanyai seseorang atau menanyakan sesuatu.
  • Dalam tulisan, ayat tanya ditandai dengan tanda tanya (?) pada akhir ayat tersebut.
  • Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu:                                                                                             a) Ayat tanya yang disertai kata tanya seperti apa, bagaimana, berapa, bila, mana, mengapa, dan siapa.                                                                                                                                       b)Ayat tanya yang bentuknya sama dengan ayat penyata tetapi dibezakan oleh adanya  tanda tanya (?) pada akhir ayat itu. Contoh: Itu apa?, Jumlahnya berapa?, Orang itu siapa?, Encik Ramli mana?, Kamu bagaimana?, Anda dari mana?, Hadiah itu untuk siapa?                                              
  • Contoh-contoh yang diberikan ini terbentuk dengan subjeknya didahulukan dan predikatnya dikemudiankan. Ayat tanya seperti ini dikenal sebagai ayat tanya biasa.
  • Ayat tanya jenis ini juga boleh disertai partikel tanya-kah yang diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat.
  • Contohnya: Dia ke masjidkah?, Kamukah yang menconteng buku ini? Encik Ramlikah penyanyi itu?   
Ayat Penyata
  • Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sesuatu pernyataan atau memberi sesuatu hal, biasanya diakhiri dengan tanda noktah(.)
  • Merupakan ayat yang diucapkan dengan tujuan atau maksud membuat kenyataan. Misalnya, menyatakan atau memberikan sesuatu keterangan tentang sesuatu hal atau berita. Ayat jenis ini juga disebut ayat berita atau ayat keterangan.
  • Contohnya: a)Nadiah jurutaip. b)Dia wartawan. c)Abdullah sedang makan. d)Kuala Lumpur ibu negara Malaysia. e)Malaysia mengeksport kereta Proton Saga. f)Menjelang tahun 2020, Malaysia akan menjadi negara industri.    
Ayat Perintah
  • Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menyuruh atau memerintah seseorang supaya berbuat sesuatu atau melakukan sesuatu. 
  • Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan atau memberi suruhan atau arahan, larangan, ajakan atau menyampaikan permintaan.
  • Ayat perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau, dan seumpamanya yang lazim digugurkan.
  • Berdasarkan perkataan yang digunakan, ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu: a)Ayat suruhan. b)Ayat larangan. c)Ayat silaan. d)Ayat permintaan.
Gunakanlah Bahasa yang tepat

Ayat Suruhan
  • Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan untuk menyampaikan perintah, arahan, atau suruhan.
  • Contoh: a)Baca buku itu sekarang. b)Jahit baju ini. c)Tulis surat kepada mereka. d)Padamkan lampu itu.
  • Ayat suruhan seperti di atas mempunyai ganti nama orang kedua, misalnya kamu, awak, anda, dan engkau sebgai subjek. Walaubagaimanapun, subjek dalam ayat perintah biasanya digugurkan. Tetapi untuk pemahaman anda, subjek boleh diucapkan.
  • Contoh: a)Kamu baca buku itu sekarang. b)Awak jahit baju ini. c)Anda tulis surat kepada mereka. d)Engkau padamkan lampu itu.
  • Ayat suruhan boleh memakai partikel lah bertujuan melembutkan suruhan, disamping menegaskan predikat. Contoh: a)Pergilah dari sini. b)Keluarlah dari bilik ini, c)Bacalah buku itu sekarang. d)Awak siapkanlah kerja itu sekarang. e)Makanlah kuih ini dahulu.